Malaysia legislation

Section 2

of AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dalam takrif “dagangan subjek”, dengan menggantikan perkataan “diimport atau dijual untuk pengimportan ke dalam” dengan perkataan “dieksport atau dijual untuk pengeksportan dari negara pengeksport ke”;

Undang-Undang Malaysia

Akta A1778

Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan

(Pindaan) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1778

(b)

dalam takrif “lambakan”, dengan menggantikan perkataan

“pengimportan dagangan ke dalam Malaysia pada nilai”

dengan perkataan “pengeksportan dagangan dari negara pengeksport ke Malaysia pada harga”;

(c)

dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan

“perdagangan antarabangsa” dengan perkataan “pelaburan, perdagangan”;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai kastam”

takrif yang berikut:

‘ “pemintasan” ertinya suatu tindakan pengeksport atau pengeluar dagangan subjek untuk mengelakkan atau menjejaskan duti timbal balas atau anti-lambakan yang dikenakan oleh Kerajaan;’; dan

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “pihak berkepentingan”

takrif yang berikut:

‘ “pihak berkuasa penyiasat” ertinya mana-mana pegawai awam atau orang, yang dilantik dan diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah subseksyen 30(2a);’.

Pindaan seksyen 9