Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “memberi maklumat kepada Kerajaan” dengan perkataan
“mengemukakan suatu petisyen bagi kajian semula pentadbiran kepada Kerajaan”;
(ii)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan koma bernoktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan
(iii)
dengan memotong perenggan (d);
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1778
(b)
dengan memotong subseksyen (2), (3), (4), (5), (6), (7)
dan (8); dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (8) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:
“(9) Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi berhubung dengan perenggan (1)(a), (b), (c)
atau (e).
(10)
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada permulaan kajian semula pentadbiran adalah wajar.
(11)
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi berhubung dengan perenggan (1)(a), (b), (c) atau (e).
(12)
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (11), Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1) mengenai keputusan
Kerajaan untuk tidak memulakan suatu kajian semula pentadbiran.
(13)
Duti timbal balas yang dikenakan di bawah subseksyen 3(1) dan aku janji yang disebut dalam subseksyen 12(1) boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan Kerajaan di bawah seksyen ini.”.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
7
Seksyen baharu 13c dan 13d