Malaysia legislation

Section 100

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 100

(2)

Perbicaraan baru tidak boleh dibenarkan atas alasan penerimaan atau penolakan tidak wajar keterangan melainkan jika pada pendapat Mahkamah Persekutuan kesalahan yang substansial atau salah laksana keadilan telah disebabkan olehnya; dan jika ternyata pada Mahkamah Persekutuan bahawa kesalahan atau salah laksana itu menyentuh sebahagian sahaja daripada perkara yang menjadi kontroversi, atau beberapa atau satu sahaja daripada pihak, Mahkamah Persekutuan boleh memberikan penghakiman muktamad tentang sebahagian daripadanya, atau tentang beberapa atau salah satu sahaja daripada pihak itu, dan mengarahkan perbicaraan baru tentang bahagian yang lain itu sahaja, atau tentang pihak atau pihak yang lain itu.

(3)

Perbicaraan baru boleh diperintahkan atas apa-apa soal tanpa mengganggu dapatan atau keputusan mahkamah bawahan atas apa-apa soal lain.

Kesilapan tidak material

Section 100 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my