Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Perlindungan Hakim dan pegawai kehakiman yang lain
(2)
Tiada seorang pun pegawai mana-mana mahkamah atau seorang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah yang dibuat oleh mana-mana Hakim atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil kerana pelaksanaan apa-apa waran atau perintah yang dia akan terikat untuk melaksanakannya jika dalam bidang kuasa orang yang mengeluarkan waran atau perintah itu.
(3)
Tiada seorang pun syerif, bailif atau pegawai lain Mahkamah yang dipertanggungkan dengan tugas melaksanakan apa-apa penghakiman, perintah atau waran distress, atau menahan apa-apa harta sebelum penghakiman, boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil berkenaan dengan apa-apa harta yang telah disita olehnya, atau berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada apa-apa harta dalam melaksanakan atau mencuba untuk melaksanakan penyitaan itu, melainkan jika didapati bahawa dia dengan disedarinya telah bertindak melebihi kuasa yang diberikan kepadanya oleh writ, waran atau perintah yang berkenaan itu, dan dia tidaklah boleh disifatkan telah bertindak dengan disedarinya melebihi kuasanya semata-mata oleh sebab dia mengetahui tentang kewujudan sesuatu pertikaian tentang pemunyaan harta yang disita sedemikian.
Mahkamah hendaklah terbuka dan awam