Malaysia legislation

Section 37

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 37

Peruntukan khas tentang Negeri-Negeri Tanah Melayu

Jika dalam apa-apa prosiding jenayah di hadapan sesuatu mahkamah rendah di Negeri-Negeri Tanah Melayu suatu hukuman telah dijatuhkan oleh mahkamah itu pada menjalankan kuasa-kuasa hukuman khas yang diberikan oleh subseksyen 87(2) Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92], dan tiada notis rayuan telah dibuat terhadap hukuman itu mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah, mahkamah rendah itu hendaklah menghantar rekod prosiding itu kepada Mahkamah Tinggi supaya Mahkamah Tinggi boleh memuaskan hatinya tentang betulnya, sahnya atau patutnya hukuman itu, dan Mahkamah Tinggi boleh sesudah itu menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 31.

Section 37 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my