Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(a)
pada menjalankan bidang kuasa asalnya; dan
(b)
pada menjalankan bidang kuasa rayuan atau penyemakannya berkenaan dengan apa-apa perkara jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
(2)
Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Rayuan, dengan kebenaran Mahkamah Rayuan, terhadap mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa rayuan atau penyemakannya berkenaan dengan apa-apa perkara jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret tetapi rayuan itu hendaklah terbatas kepada soal undang-undang sahaja yang berbangkit semasa rayuan atau penyemakan itu dan penentuan oleh Mahkamah Tinggi yang melibatkan kesudahan rayuan atau penyemakan itu.
(2A)
Suatu permohonan bagi kebenaran di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh keputusan Mahkamah Tinggi itu.
(3)
Notis apa-apa rayuan oleh Pendakwa Raya hendaklah diberikan oleh, atau dengan persetujuan bertulis, pegawai itu sahaja; dan walau apa pun subseksyen (2), tiada kebenaran Mahkamah Rayuan dikehendaki.
(4)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, sesuatu rayuan boleh dibuat atas soal fakta atau soal undang-undang atau atas soal campuran fakta dan undang-undang.
Notis rayuan