Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(2)
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas notis rayuan telah difailkan, Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya disampaikan kepada perayu atau peguam belanya di alamat bagi penyampaiannya yang dinyatakan di bawah subseksyen 51(2) suatu notis bahawa salinan rekod itu sudah tersedia dan boleh diperoleh atas permohonan untuk mendapatkannya atas pembayaran fi yang ditetapkan:
Dengan syarat bahawa dalam hal rayuan oleh Pendakwa Raya suatu salinan rekod itu hendaklah diberikan kepadanya tanpa pembayaran apa-apa fi.
Petisyen rayuan