Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Mahkamah Rayuan boleh menurut budi bicaranya, atas permohonan mana-mana orang yang berhasrat hendak merayu yang telah dihalang daripada berbuat demikian oleh sebab dia tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu kehendak Akta ini, membenarkan rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan yang difikirkannya perlu supaya keadilan yang substansial boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan oleh seksyen 51 atau 53.