Malaysia legislation

Section 71

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 71

Perbicaraan baru

(2)

Perbicaraan baru tidak boleh dibenarkan atas alasan penerimaan atau penolakan tidak wajar keterangan melainkan jika pada pendapat Mahkamah Rayuan kesalahan yang substansial atau salah laksana keadilan telah disebabkan olehnya; dan jika ternyata pada Mahkamah Rayuan bahawa kesalahan atau salah laksana itu menyentuh sebahagian sahaja daripada perkara yang menjadi kontroversi, atau beberapa atau satu sahaja daripada pihak, Mahkamah Rayuan boleh memberikan penghakiman muktamad tentang sebahagian daripadanya, atau tentang beberapa atau satu sahaja daripada pihak itu, dan mengarahkan perbicaraan baru tentang bahagian yang lain itu sahaja, atau tentang pihak atau pihak-pihak yang lain itu.

(3)

Perbicaraan baru boleh diperintahkan atas apa-apa soal tanpa mengganggu dapatan atau keputusan mahkamah bawahan atas apa-apa soal lain.

Kesilapan tidak material

Section 71 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my