Malaysia legislation

Section 73

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 73

Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan

Sesuatu rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan atau prosiding di bawah keputusan yang dirayukan melainkan jika mahkamah bawahan atau Mahkamah Rayuan memerintahkan sedemikian dan tiada tindakan atau prosiding perantaraan boleh menjadi tidak sah kecuali setakat yang diarahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Section 73 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my