Malaysia legislation
Section 81
Seksyen 81
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini Mahkamah Persekutuan bagi maksud bidang kuasanya di bawah Perkara 128(1) dan (2) Perlembagaan (dalam Akta ini dipanggil "bidang kuasa asal"), hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sama dan boleh menjalankan kuasa yang sama seperti yang dipunyai dan boleh dijalankan oleh Mahkamah Tinggi.