Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
Rujukan soal perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi
(2)
Suatu perintah yang menggantung prosiding di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh Hakim atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dan hendaklah dibuat pada apa-apa peringkat prosiding itu yang difikirkan patut oleh Hakim setelah mengambil kira keputusan apa-apa soal fakta sebagaimana yang perlu diselesaikan bagi membantu Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan soal yang telah berbangkit itu dan kepada penyelesaian muktamad prosiding itu dengan cepat dan ekonomi.
(3)
Jika suatu perintah penggantungan prosiding telah dibuat di bawah seksyen ini, Hakim hendaklah menyatakan soal yang pada pendapatnya telah berbangkit tentang kesan Perlembagaan dalam bentuk kes khas yang setakat yang boleh hendaklah menyatakan soal tersebut dalam suatu bentuk yang akan membolehkan suatu jawapan diberikan dalam bentuk mengia atau menidakkan.
(4)
Jika seorang Hakim telah menyatakan suatu kes khas di bawah seksyen ini kes khas itu hendaklah dihantar kepada Mahkamah Persekutuan mengikut kaedah-kaedah mahkamah bagi Mahkamah Persekutuan.
Prosiding di Mahkamah Persekutuan