Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
Jika alasan rayuan tidak membangkitkan apa-apa soal undangundang dan ternyata pada Ketua Hakim Negara dan dua orang Hakim lain Mahkamah Persekutuan bahawa keterangan mencukupi untuk menyokong sabitan itu dan bahawa tidak ada perkara dalam hal keadaan kes itu yang boleh membangkitkan suatu keraguan yang munasabah sama ada sabitan itu betul atau membawa Mahkamah Persekutuan untuk menimbangkan bahawa hukuman itu patut dikurangkan, rayuan itu boleh, tanpa ditetapkan untuk pendengaran, ditolak terus oleh suatu perintah yang ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara, yang memperakui bahawa Hakim tersebut, setelah meneliti rekod itu, berpuas hati bahawa rayuan itu telah dibawa tanpa apa-apa alasan yang mencukupi bagi aduan dan notis penolakan itu hendaklah disampaikan kepada perayu:
(i)
jika, dalam mana-mana kes yang ditolak di bawah seksyen ini, perayu memberikan, dalam tempoh tujuh hari dari penyampaian notis penolakan kepadanya, notis kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai permohonan bagi kebenaran untuk meminda alasan rayuannya supaya membangkitkan suatu soal undang-undang, disertai dengan suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang peguam bela yang menyatakan soal yang hendak dibangkitkan dan mengaku janji untuk menghujahkannya, Mahkamah Persekutuan boleh memberi kebenaran untuk meminda dengan sewajarnya dan hendaklah memulihkan rayuan itu untuk didengar; dan
(ii)
bagi maksud seksyen ini, soal sama ada sesuatu hukuman itu patut dikurangkan hendaklah disifatkan sebagai bukan suatu soal undang-undang.
Notis dan masa pendengaran