Malaysia legislation

Section 92

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 92

Kuasa Mahkamah Persekutuan

(2)

Dalam pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Persekutuan boleh, jika ia berpendapat bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya dijatuhkan, membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan, disahkan atau diubah oleh Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan di sisi undang-undang (sama ada lebih atau kurang beratnya) sebagai menggantikan hukuman itu yang difikirkannya patut telah dijatuhkan.

(3)

Mahkamah Persekutuan tidak boleh sekali-kali membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini tentang pembayaran kos mana-mana rayuan kepada atau oleh perayu atau responden.

Keterangan tambahan

Section 92 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my