Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
Tertakluk kepada mana-mana kaedah yang mengawal selia prosiding Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan rayuan daripada Mahkamah Rayuan, sesuatu rayuan bolehlah dibuat daripada Mahkamah Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan—
(a)
daripada apa-apa penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan berkenaan dengan apa-apa kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa asalnya yang melibatkan soal prinsip am yang diputuskan buat pertama kali atau soal yang penting yang akan dihujahkan secara lanjut dan suatu keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberi kebaikan kepada awam; atau
(b)
daripada apa-apa keputusan tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana peruntukan itu.
Kebenaran untuk merayu