Malaysia legislation

Section 2

of AKTA AGENSI PELAPORAN KREDIT 2010

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“agensi pelaporan kredit” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit dan didaftarkan di bawah subseksyen 14(2);

“agensi pelaporan kredit yang berkenaan”, berhubung dengan—

(a)

sesuatu pemeriksaan, ertinya agensi pelaporan kredit yang menggunakan sistem data yang menjadi subjek bagi pemeriksaan itu;

(b)

sesuatu aduan, ertinya agensi pelaporan kredit yang dinyatakan dalam aduan itu;

(c)

sesuatu penyiasatan—

(i)

dalam hal penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan, ertinya agensi pelaporan kredit yang dinyatakan dalam aduan itu;

(ii)

dalam mana-mana hal lain, ertinya agensi pelaporan kredit yang menjadi subjek bagi penyiasatan itu;

(d)

sesuatu notis penguatkuasaan, ertinya agensi pelaporan kredit yang terhadapnya notis penguatkuasaan itu telah disampaikan;

“agensi perkadaran kredit” ertinya seseorang yang dinyatakan sebagai orang berdaftar dalam Bahagian 2 Jadual 4 kepada

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan yang memberikan nasihat pelaburan berhubung dengan peruntukan perkadaran bagi debentur;

“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini;

“Daftar” ertinya Daftar Agensi Pelaporan Kredit yang diadakan dan disenggarakan di bawah seksyen 9;

Agensi Pelaporan Kredit 11

“dinyatakan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya dinyatakan dari semasa ke semasa secara bertulis;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri di bawah

Akta ini dan, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu badan, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan, perkara persatuan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya badan itu diperbadankan atau ditubuhkan, dan struktur pengelolaan dan pentadbirannya dan ruang lingkup fungsi, perniagaan, kuasa dan kewajipannya sebagaimana yang dihuraikan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;

“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu agensi pelaporan kredit, ertinya pegawai eksekutif utama agensi pelaporan kredit itu pada masa ini, dengan apa jua nama disebut, dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;

“kredit” ertinya—

(a)

apa-apa kemudahan pembiayaan Islam dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama disebut sama ada atau tidak kemudahan itu melibatkan suatu penjualan, pembelian, penjualan dan pembelian semula, pajakan, penjualan dan pajakan balik, perkiraan penjualan dan beli balik, perkiraan usaha sama, penjualan dengan bayaran tertangguh, perkiraan perkongsian pulangan dan apa-apa perkiraan pembiayaan atau urus niaga lain yang melibatkan aset atau harta yang dibuat mengikut undang-undang Islam;

(b)

apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama disebut yang dengannya orang yang diberikan pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain itu mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada wang atau harta orang yang memberikannya;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 710

(c)

apa-apa sewa beli, sewa beli Islam, pajakan, pemfaktoran, perdagangan hutang dan apa-apa urus niaga atau transaksi yang seumpamanya;

(d)

pemberian suatu jaminan atau apa-apa cagaran yang berhubung dengan obligasi mana-mana orang; atau

(e)

apa-apa urus niaga atau transaksi lain yang serupa sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor

Pendaftar;

“laporan kredit” ertinya apa-apa rekod atau maklumat, sama ada dalam bentuk bertulis, lisan atau bentuk lain, yang—

(a)

mempunyai apa-apa kaitan dengan seseorang pelanggan dari segi—

(i)

kelayakan untuk diberikan kredit;

(ii)

sejarah berhubung dengan kredit; atau

(iii)

keupayaan untuk membayar balik kredit; dan

(b)

digunakan, telah digunakan atau berupaya digunakan sebagai salah satu faktor dalam menentukan kelayakan seorang pelanggan untuk mendapatkan kredit;

“log akses” ertinya rekod mengenai tiap-tiap akses yang dibuat kepada maklumat kredit yang dipegang oleh suatu agensi pelaporan kredit;

“maklumat kredit” ertinya apa-apa maklumat mengenai seseorang pelanggan yang dikumpul oleh pemberi kredit semasa atau berkaitan dengan pemberian kredit, atau apa-apa rekod atau maklumat mengenai seorang pelanggan yang diproses semasa atau berkaitan dengan penjalanan suatu perniagaan pelaporan kredit, dan boleh termasuk maklumat yang disenaraikan dalam