Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(2)
Tiada seorang pun boleh dijatuhkan hukuman penjara kerja berat atau penjara kerja ringan oleh sesuatu mahkamah; dan tiap-tiap undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara kerja berat, penjara kerja ringan atau salah satu daripada hukuman penjara yang telah diperihalkan, hendaklah ditafsirkan sebagai memberi kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tempoh yang baginya sesuatu hukuman penjara kerja berat, penjara kerja ringan atau salah satu daripada hukuman penjara yang telah diperihalkan boleh dijatuhkan dalam kes itu sebelum sahaja mula berkuat kuasanya *Akta ini.
(3)
Mana-mana orang yang sebelum sahaja mula berkuat kuasanya
*Akta ini sedang menjalani atau kena menjalani sesuatu tempoh hukuman buruh paksa di bawah sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah atau sebagai hukuman yang diringankan bagi sesuatu kesalahan yang baginya dia telah dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikira selepas itu seolah-olah dia telah dijatuhkan hukuman, atau sedang menjalani atau kena menjalani hukuman, penjara dan bukan hukuman buruh paksa bagi tempoh itu.
(4)
Mana-mana orang yang sebelum sahaja mula berkuat kuasanya
*Akta ini sedang menjalani atau kena menjalani sesuatu tempoh penjara kerja berat atau penjara kerja ringan di bawah sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah atau sebagai suatu hukuman yang diringankan bagi sesuatu kesalahan yang baginya dia telah dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikira selepas itu seolah-olah dia telah dijatuhkan hukuman, atau sedang menjalani atau kena menjalani hukuman, penjara dan bukan penjara kerja berat atau penjara kerja ringan bagi tempoh itu.
Hukuman seumur hidup
*3. Jika mana-mana orang dikira sebagai telah dijatuhkan hukuman penjara atau kemudian daripada ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, hukuman sedemikian hendaklah disifatkan bagi semua maksud sebagai suatu hukuman penjara selama tiga puluh tahun.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah, Sarawak dan Labuan— lihat P.U. (A) 407/1991 m.b.p 8 November 1991 dan P.U. (A) 408/1991 m.b.p 8 November 1991.
Keadilan Jenayah 7
Penghapusan sebat dengan jari ampai, dsb.