Malaysia legislation

Section 108

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 108

Apabila didapati oleh mana-mana pegawai kanan kastam bahawa ada sebab munasabah untuk mempercayai bahawa dalam mana-mana rumah kediaman, kedai, atau bangunan atau tempat lain ada tersembunyi atau didepositkan apa-apa barang-barang larangan atau barang-barang tak berkastam, atau barang-barang yang kena dilucuthak di bawah Akta ini atau mana-mana perturan yang dibuat di bawahnya atau yang terhadapnya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan sedemikian telah dilakukan, dan jika mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam mendapatkan suatu waran barang-barang itu mungkin akan dipindahkan, pegawai itu boleh menggunakan dalam, atas dan berkenaan dengan rumah kediaman, kedai, atau bangunan atau tempat lain itu kuasa-kuasa yang disebutkan dalam seksyen 107 dengan suatu cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah dia diberikuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Section 108 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my