Malaysia legislation

Section 10

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 10

Tiap-tiap orang yang diambil bekerja bagi apa-apa tugas atau perkhidmatan berhubungan dengan kastam melalui perintah atau dengan persetujuan Ketua Pengarah (sama ada dinyatakan dahulu atau kemudian) hendaklah disifatkan sebagai pegawai kastam yang hak bagi tugas atau perkhidmatan itu; dan tiap-tiap tindakan yang dikehendaki oleh undang-undang pada bila-bila masa supaya dilakukan oleh, atau bersama mana-mana pegawai tertentu yang dinamakan bagi maksud itu, jika dilakukan oleh atau dengan mana-mana orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah untuk bertindak bagi pegawai tertentu itu, hendaklah disifatkan sebagai dilakukan oleh atau bersama pegawai tertentu itu.

Section 10 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my