Malaysia legislation

Section 114

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 114

Dengan syarat bahawa—

(2)

Semua barang-barang dan bekas, bungkusan, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu hendaklah, dengan secepat mungkin yang sesuai, diserahkan ke dalam jagaan seorang pegawai kastam yang hak yang tugasnya adalah untuk menerimanya.

(3)

Apabila apa-apa barang-barang kenderaan, vesel atau pesawat udara disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan serta-merta memberi notis bertulis tentang penyitaan itu dan alasan tentang penyitaan itu kepada pemunya barang-barang itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan notis itu kepadanya dengan sendiri atau melalui pos di tempat kediamannya, jika diketahui:

Dengan syarat bahawa notis itu adalah tidak dikehendaki untuk diberi di mana penyitaan dibuat ke atas orang itu, atau di hadapan pesalah atau pemunya atau ejennya, atau dalam hal sesuatu vesel atau pesawat udara, di hadapan nakhoda atau pilotnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan barang-barang adalah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bungkusan atau bekas yang di dalamnya barang-barang itu dijumpai dan kepada apa-apa artikel yang digunakan untuk menyembunyikan barang-barang itu.

(5)

Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan mana-mana vesel atau pesawat udara adalah terpakai juga bagi takal, kelengkapan dan perkakas vesel atau pesawat udara itu.

(6)

Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan kenderaan adalah terpakai bagi semua kelengkapannya dan kepada mana-mana binatang yang menarik kenderaan itu.

Section 114 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my