Malaysia legislation

Section 115

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 115

(a)

memulangkan harta alih itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia

KASTAM disita, atau kepada mana-mana orang yang dianggap oleh pegawai kanan kastam sebagai berhak terhadap harta alih itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh seorang pegawai kanan kastam, dan tertakluk, dalam apa-apa hal, kepada pemberian cagaran yang mencukupi dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam bahawa harta alih itu akan diserahkan kepada seorang pegawai kanan kastam apabila diminta oleh seorang pegawai kanan kastam dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, hendaklah dipatuhi; atau

(b)

memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan, atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang dianggap oleh pegawai kanan kastam sebagai berhak terhadap harta alih itu, dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya harta alih itu dipulangkan untuk melupuskannya, pemulangan itu tertakluk kepada pemberian cagaran dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam dalam amaun tidak kurang daripada suatu amaun yang, pada pendapat seorang pegawai kanan kastam itu, menunjukkan—

(i)

nilai pasaran terbuka harta itu pada tarikh ia dipulangkan;

(ii)

duti kastam yang kena dibayar berkenaan dengannya; dan

(iii)

apa-apa cukai yang dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bagi pembayaran amaun yang dicagarkan itu kepada Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi melucuthak amaun itu di bawah seksyen 127 (1A) atau 128 (4); atau

(c)

menjual atau memusnahkan harta alih itu, mengikut mana-mana yang sesuai dalam hal keadaan itu, jika ia suatu benda hidup atau jika, pada pendapat seorang pegawai kanan kastam, ia daripada jenis yang mudah musnah atau merbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika ia dijual sedemikian, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.

(2)

Mana-mana orang yang----

(a)

gagal untuk menyerahkan kepada pegawai kanan kastam apabila diminta harta alih yang dipulangkan kepadanya secara sementara di bawah subseksyen (1) (a); atau

(b)

gagal untuk mematuhi atau melanggar apaapa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) (a), adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apaapa liabiliti lain yang orang tersebut atau mana-mana orang lain boleh menanggung di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan harta alih itu di bawah subseksyen (1) (a).

(4)

Peruntukan-peruntukan subseksyen (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin kepada orang yang kepadanya harta itu dipulangkan di bawah subseksyen (1) (a).

(5)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, sama ada secara am atau dalam mana-mana hal tertentu atau kelas hal, memberi apa-apa arahan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang disifatkannya perlu atau

KASTAM mustahak berkenaan dengan penggunaan kuasa yang diberi kepada seorang pegawai kanan kastam di bawah subseksyen (1).

(6)

Tiada seorang pun berhak mengambil apa-apa tindakan atas sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan dibuat oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak seorang pegawai kanan kastam di bawah seksyen ini, dan tiada suatu mahkamah pun mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar mana-mana tindakan sedemikian.

(7)

Bagi maksud seksyen ini "harta alih" termasuklah apa-apa perihalan apa jua harta alih yang disita di bawah Akta ini.