Malaysia legislation

Section 116

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 116

(a)

mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan, atau mengambil bekerja untuk atau menolong mana-mana orang, melakukan, atau bersubahat melakukan, sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(b)

mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah sebagai mempunyai dalam milikannya apa-apa barang-barang tak berkastam atau barang larangan atau apa-apa barang-barang yang boleh disita di bawah Akta ini;

(c)

mana-mana orang yang terhadapnya wujud syak yang munasabah bahawa dia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dan boleh memeriksa, atau menyebabkan diperiksa, mana-mana orang yang ditangkap sedemikian:

Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah dibawa ke balai polis atau boleh ditahan dalam jagaan pegawai kastam yang hak.

(3)

Pegawai kastam yang hak boleh mengambil atau menyebabkan diambil gambar-gambar dan cap jari dan ibu jari mana-mana orang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(4)

Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa melakukan kesalahan yang mana dia boleh ditangkap, atau selepas ditangkap melepaskan dirinya, dia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan diambil tindakan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa melakukan kesalahan itu.