Malaysia legislation
Section 122
Seksyen 122
Jika dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini adalah relevan ditentukan butir-butir tentang pendaftaran atau pelesenan mana-mana vesel atau kenderaan yang didaftar atau dilesen di mana-mana pelabuhan atau tempat dalam Malaysia atau Singapura, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau di Singapura bagi pendaftaran atau pelesenan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang semua butir mengenai pendaftaran atau pelesenan yang terkandung di dalamnya, dan beban membuktikan tidak betulnya apa-apa butir yang dinyatakan dalam perakuan itu adalah terletak atas orang yang menafikannya.