Malaysia legislation
Section 122B
Seksyen 122B
Jika dalam mana-mana prosiding adalah perlu untuk dibuktikan ketepatan sesuatu kompas, radar atau apa-apa alat navigasi lain, suatu perakuan berupa sebagai ditandatangani oleh seorang syahbandar atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab berkenaan dengan kompas, radar atau apa-apa alat navigasi lain itu, hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai bukti prima facie fakta-fakta yang diperakukan di dalam perakuan itu.