Malaysia legislation
Section 129
Seksyen 129
Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya melalui Ketua Pengarah, memerintahkan—
(a)
apa-apa barang-barang yang disita di bawah Akta ini; atau
(b)
apa-apa amaun yang dijamin di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 115 atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) tersebut, sama ada dilucuthakkan, atau diambil dan disifatkan dilucuthakkan menurut seksyen 127 atau 128, supaya diserahkan atau dibayar balik, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada pemunya atau orang lain yang berhak padanya atas apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut:
Dengan syarat bahawa apa-apa permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh barang-barang atau amaun itu dilucuthakkan atau diambil dan disifatkan sebagai dilucuthak, mengikut mana-mana yang berkenaan.
102