Malaysia legislation

Section 158

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 158

Kecuali bagi maksud seksyen 48, apa-apa barang-barang berduti, selain daripada liquor yang memabukkan, tembakau, cerut, rokok, mancis, hasilan petroleum dan apa-apa barang-barang lain yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) (ii) subseksyen (1) seksyen 155 atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah seksyen itu, hendaklah, semasa berada di Labuan, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditakrifkan dengan sewajarnya.