Malaysia legislation

Section 48

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 48

(2)

Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membenarkan atau enggan membenarkan apa-apa jua dibawa ke dalam kapal sebagai storan kapal tanpa bayaran duti kastam dan dalam memberi kebenaran untuk embarkasi apa-apa jua di bawah subseksyen ini mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membenarkan atau enggan membenarkan penggunaan, dalam perairan wilayah, apa-apa storan kapal yang duti kastam telah tidak dibayar ke atasnya.