Malaysia legislation
Section 65A
Seksyen 65A
(2)
Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam lesen itu.
(3)
Tiada barang-barang telah melalui apa-apa proses pengilangan dalam gudang itu boleh dikeluarkan bagi penggunaan tempatan atau eksport tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.
(b)
Tertakluk kepada subseksyen (4), jika barang-barang itu dikeluarkan dari gudang itu bagi penggunaan tempatan duti kastam ke atasnya hendaklah dikira atas dasar seolah-olah barang-barang itu telah diimport:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh dalam apa-apa hal tertentu mengecualikan mana-mana orang daripada membayar keseluruhan atau sebahagian daripada duti yang kena dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang-barang sedemikian dan dalam memberi pengecualian itu Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4)
Jika dalam masa menjalankan apa-apa operasi yang dibenarkan di bawah subseksyen (1) terhadap apa-apa barang-barang yang dikenakan duti kastam terdapat bahan buangan atau hampas, duti
KASTAM kastam hendaklah diremitkan berasakan kuantiti barang-barang yang dikenakan duti kastam sebanyak mana bahan buangan atau hampas itu timbul daripada operasi yang dijalankan berhubungan dengan barang-barang yang telah melalui mana-mana proses pengilangan:
Dengan syarat bahawa bahan buangan atau hampas itu dimusnahkan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah atau duti dibayar ke atas bahan buangan atau hampas itu seolah-olah ia diimport dalam bentuk itu.