Malaysia legislation

Section 90

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 90

(2)

Apabila mana-mana orang memohon kepada seorang pegawai kanan kastam untuk kebenaran bertindak sebagai ejen bagi pihak orang lain, pegawai itu boleh menghendaki pemohon itu menunjukkan suatu kuasa bertulis daripada orang yang bagi pihaknya dia akan bertindak dan boleh menurut budi bicara mutlaknya memberi atau menolak kebenaran tersebut.

(3)

Sebelum memberi kebenaran tersebut, seorang pegawai kanan kastam boleh menghendaki ejen itu memberi apa-apa cagaran yang difikirkannya cukup bagi tingkah laku yang betul dan jujur ejen itu dan kerani-keraninya yang bertindak baginya berkenaan pihak kastam dan majikannya kedua-duanya.

(4)

Seorang pegawai kanan kastam boleh menggantung atau mengkensel apa-apa kebenaran yang diberi di bawah seksyen ini, jika ejen itu melakukan apa-apa pelanggaran terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau jika dia gagal mematuhi terma-terma dan syaratsyarat yang dikenakan menurut subseksyen (1) atau apa-apa arahan yang diberi oleh seorang pegawai kastam berkenaan dengan urusan yang dilakukan oleh ejen itu.

(5)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan seorang pegawai kanan kastam berkenaan dengan mana-mana perkara berikut, iaitu—

(a)

keengganan memberi kebenaran;

(b)

jenis atau amaun cagaran yang dikehendaki daripada ejen itu;

(c)

penggantungan atau pengkenselan kebenaran, boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Ketua Pengarah, yang mana keputusannya adalah muktamad.

(6)

Mana-mana orang yang bertindak sebagai ejen sedangkan kebenaran tidak diberi kepadanya di bawah seksyen ini atau sedangkan kebenaran itu telah dikenselkan atau digantung, atau yang membuat atau menyebabkan dibuat suatu akuan mengenai apa-apa barang-barang tanpa diberikuasa dengan sempurna bagi maksud itu oleh tuanpunya atau konsaini barang-barang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

(7)

Kerani atau pengkhidmat bagi mana-mana orang atau firma boleh menjalankan urusan secara am di mana-mana pejabat kastam bagi pihak orang atau firma itu:

Dengan syarat bahawa seorang pegawai kanan kastam boleh enggan untuk menjalankan urusan dengan kerani atau pengkhidmat itu melainkan jika orang itu atau seorang ahli firma itu mengenalkan kerani atau pengkhidmat itu kepada pegawai itu sebagai diberikuasa untuk menjalankan apa-apa urusan dan mendeposit dengan pegawai itu suatu kuasa yang bertandatangan yang memberikuasa kepada kerani atau pengkhidmat itu untuk menjalankan urusan bagi pihak orang atau firma itu.