Malaysia legislation

Section 93

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 93

(a)

barang-barang itu dicamkan dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam di pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam di mana barang-barang itu dikapalkan atau dimuatkan bagi eksport semula, atau di tempat eksport semula;

(b)

pulang balik yang dituntut berkenaan dengan mana-mana satu konsainan barang-barang yang dieksport semula tidak kurang daripada lima puluh ringgit;

(c)

barang-barang itu dieksport semula dalam masa dua belas bulan dari tarikh duti kastam dibayar;

(d)

bayaran pulang balik ke atas barang-barang yang termasuk dalam kelas barang-barang yang akan dieksport semula, yang tidak dilarang oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(e)

notis bertulis telah diberi kepada seorang pegawai kanan kastam ketika atau sebelum masa eksport semula bahawa suatu tuntutan untuk pulang balik akan dibuat, dan tuntutan itu dibuat dalam borang yang ditetapkan dan dibuktikan dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam dalam masa tiga bulan dari tarikh eksport semula; dan

(f)

barang-barang itu telah tidak diguna selepas pengimportan.

(2)

Amaun pulang balik yang dibenarkan hendaklah dikira pada kadar duti kastam yang dilevi pada masa import, atau pada kadar duti kastam yang boleh dilevi atas barang-barang daripada perihal yang serupa pada masa eksport semula barang-barang itu, yang mana satu lebih rendah.