Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Selepas mana-mana perintah sedemikian telah dibuat dan sebelum perbicaraan tindakan-tindakan tersebut, defendan-defendan dalam mana-mana tindakan baharu yang dimulakan berkenaan dengan libel yang sama atau secara substansialnya adalah sama hendaklah juga berhak supaya dicantumkan dalam satu tindakan bersama atas permohonan bercantum oleh defendan-defendan baharu tersebut dan defendan-defendan dalam tindakan yang telah pun disatukan itu.
(3)
Mahkamah atau Hakim, dalam hal libel yang sama atau secara substansialnya adalah sama yang diterbitkan serentak dalam beberapa suratkhabar atau yang disalinkan sejurus selepas penerbitan boleh memberi notis kepada plaintiff dalam mana-mana tindakan atau tindakan-tindakan yang berbangkit daripada libel tersebut bahawa suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis itu akan dibenarkan bagi penzahiran mana-mana penerbitan selanjutnya mengenai libel itu supaya keseluruhan tindakan yang berbangkit daripada libel itu boleh dibicarakan bersama, dan selepas habis tempoh sedemikian, tiada apa-apa tindakan selanjutnya boleh dimulakan berkenaan dengan penerbitan libel itu kecuali bagi mendapatkan ganti rugi khas.
(4)
Dalam sesuatu tindakan yang disatukan di bawah seksyen ini, keseluruhan amaun ganti rugi (jika ada) hendaklah ditaksirkan dalam satu jumlah tetapi suatu penghakiman berasingan hendaklah diberi berkenaan dengan tiap-tiap defendan dengan cara yang sama seolah-olah tindakan-tindakan yang disatukan itu telah dibicarakan berasingan.
(5)
Amaun ganti rugi yang ditaksirkan sedemikian sebagaimana tersebut dahulu hendaklah diumpukkan di antara kalangan defendan-defendan yang terhadapnya penghakiman telah diberi dan jika kos diberi kepada plaintiff, mahkamah boleh membuat apaapa perintah yang didapatinya saksama mengumpukkan kos di kalangan defendan-defendan yang terakhir disebut.