Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Apabila dalam mana-mana tindakan kerana libel plaintiff mendakwa lebih daripada seorang defendan, sama ada bersesama, berasingan atau dalam alternatif, tiap-tiap defendan boleh memfail satu pernyataan berasingan mengenai kesnya dan hadir di perbicaraan melalui peguam yang berasingan atau jika difikirkannya patut, meminta maaf atau membayar wang ke dalam mahkamah atau membuat penyelesaian lain, walau apa pun pembelaan yang diediakan oleh defendan bersamanya, dan plaintiff boleh menerima permintaan maaf, wang, atau penyelesaian lain itu dan menyelesai atau mengkompromi guaman itu dan memberhentikan tindakan itu di antara dia dan seorang defendan atau lebih tanpa merujuk kepada defendan-defendan lain: dengan syarat sentiasanya bahawa hak dan kepentingan defendan atau defendan-defendan lain tidak akan terjejas dengan apa jua cara.