Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN 1966

Seksyen 9

(2)

Berhubung dengan pemakaian

Bahagian

II kepada

Kumpulan Wang Pembangunan bagi suatu Negeri seperti yang disebut terdahulu—

(a)

sebutan dalam Bahagian itu yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Kedua hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan yang dinyatakan dalam ruang kedua yang bersetentangan Jadual tersebut;

(b)

ungkapan "maksud atau mana-mana satu atau lebih daripadanya yang dinyatakan dalam Jadual Pertama"

dalam seksyen 3, ertinya maksud yang dinyatakan sedemikian atau mana-mana satu atau lebih daripadanya yang, berkenaan dengan Negeri itu, adalah bagi maksud

Negeri dan termasuklah apa-apa maksud lain yang dinyatakan demikian dan dipersetujui oleh Menteri tetapi ungkapan itu tidaklah dalam apa-apa hal termasuk bagi maksud pembekalan air di dalam Negeri di mana suatu

12 Undang-Undang Malaysia Akta 406

kumpulan wang bagi maksud itu telah ditentukan oleh

Dewan Undangan Negeri itu menurut perenggan 10(4)(b)

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

(c)

subseksyen 4(4) dan perenggan 12 yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah tidak terpakai.