Malaysia legislation
Section 11A
Seksyen 11A
(2)
Tertakluk kepada Akta ini, dan kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh jawatankuasa, sesuatu jawatankuasa kecil boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Dewan Bahasa dan Pustaka 13
(3)
Sesuatu jawatankuasa kecil boleh, selepas berunding dengan jawatankuasa dan dengan kelulusan Lembaga, mengundang seorang atau lebih untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tertentu jawatankuasa kecil itu bagi maksud membantu atau menasihati jawatankuasa kecil itu, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi.
(4)
Sesuatu jawatankuasa kecil hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa dan jawatankuasa itu boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah pertubuhan jawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian.
Saraan atau elaun