Malaysia legislation

Section 22

of AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959

Seksyen 22

Perbelanjaan yang hendak dibayar daripada Kumpulan Wang

Selain daripada peruntukan seksyen 11B, 12, 18 dan subseksyen 19(3), Lembaga boleh menggunakan Kumpulan Wang—

(a)

bagi membayar apa-apa perbelanjaan yang sah dilakukan olehnya dan saraan mana-mana pegawai atau pekhidmat yang diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(b)

bagi membayar apa-apa perbelanjaan atau kos lain yang dilakukan atau disetujui dengan sewajarnya akan dibayar oleh Lembaga dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada Lembaga oleh Akta ini;

(c)

bagi memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat

Lembaga bagi maksud memperoleh alat kenderaan untuk kegunaan mereka sendiri;

(d)

bagi memberi pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat

Lembaga bagi maksud memperoleh, membina atau membeli rumah untuk tempat tinggal mereka atau tempat tinggal keluarga mereka atau bagi maksu memperbaiki rumah mereka; dan dalam tiap-tiap satu hal di mana Lembaga memberi pinjaman kepada pegawai dan pekhidmatnya di bawah perenggan ini, rumah itu termasuk tanah di mana rumah itu didirikan hendaklah digadai janji kepada Lembaga sebagai sekuriti bagi pinjaman itu;

(e)

bagi memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat

Lembaga bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh

Lembaga.

*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989

[Akta 372]–lihat subseksyen 128(1) Akta 372.

Dewan Bahasa dan Pustaka 23

Anggaran Tahunan