Malaysia legislation
Section 24A
Seksyen 24A
(a)
telah gagal memungut apa-apa wang yang terhutang kepada
Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
(b)
adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada
Kumpulan Wang atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c)
adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Lembaga;
(d)
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
Dewan Bahasa dan Pustaka 25
(e)
telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.
(2)
Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcajkan, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan.
(3)
Jika suatu penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis yang tersebut dahulu disampaikan, Lembaga boleh—
(a)
dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun yang tidak dipungut, atau pembayaran yang tidak sepatutnya yang dibuat, atau kekurangan pada atau kerugian, atau pemusnahan harta itu;
(b)
dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga terhadap orang itu.
Pemberitahuan surcaj