Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Pengerusi dan Naib Pengerusi;
“jawatankuasa tatatertib” ertinya jawatankuasa tatatertib Lembaga yang disebut dalam subseksyen 18A(2);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 16;
Undang-Undang Malaysia 6
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Dewan Bahasa dan
Pustaka yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
“Lembaga Pengelola” atau “Lembaga” ertinya Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi pendidikan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuklah Naib
Pengerusi;
“tahun kewangan” ertinya suatu tempoh selama dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember.