Malaysia legislation

Section 4

of AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959

Seksyen 4

(a)

seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri;

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan atau wakilnya;

(c)

Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya;

(cc)

Peguam Negara atau wakilnya;

(d)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya;

(dd)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya;

(e)

seorang yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan

(f)

tidak lebih daripada 10 orang yang dilantik oleh Menteri, yang pada pendapatnya mempunyai pengetahuan luas atau telah memperoleh banyak pengalaman dalam apa-apa lapangan aktiviti yang boleh menjadi berfaedah kepada

Lembaga.

Dewan Bahasa dan Pustaka 7

(2)

Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga menjadi

Naib Pengerusi Lembaga.

(3)

Lembaga boleh melantik seorang Setiausaha di bawah seksyen 16 yang mana tidak boleh menjadi seorang anggota Lembaga.

(4)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap anggota hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dari tarikh pelantikannya dan layak dilantik semula.

(5)

Mana-mana anggota yang—

(a)

tanpa sebab yang munasabah tidak hadir tiga kali berturut-turut mesyuarat Lembaga dan mesyuarat mana-mana jawatankuasanya yang dianggotainya;

(b)

telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;

(c)

telah menjadi bankrap atau membuat perkiraan dengan pemiutangnya; atau

(d)

telah dijatuhi hukuman pemenjaraan, hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatan.

(6)

Pelantik yang berkenaan boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota jika difikirkannya suai munafaat untuk berbuat demikian tanpa memberikan apa-apa sebab.

(7)

Pelantik yang berkenaan boleh pada bila-bila masa menerima peletakan jawatan mana-mana anggota.

(8)

Jika apa-apa kekosongan berlaku disebabkan kematian, ketidakhadiran, ketidaksiuman, kebankrapan, peletakan jawatan atau selainnya, pelantik yang berkenaan boleh melantik seorang untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh jawatan yang belum tamat bagi anggota yang mengenainya kekosongan itu telah berlaku.

(9)

Pelantik itu boleh melantik mana-mana orang yang sesuai untuk bertindak sebagai seorang anggota Lembaga dalam masa mana-mana anggota sakit, tidak upaya atau berada di luar Malaysia berterusan.

Undang-Undang Malaysia 8

Tujuan

Section 4 — DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ACT 1959 | mylaw.my