Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—
(a)
untuk menjalankan apa-apa aktiviti perdagangan, perindustrian, penyelidikan atau latihan atau apa-apa aktiviti lain yang penjalanannya ternyata kepadanya diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan perlaksanaan tugasnya atau penjalanan kuasanya;
Undang-Undang Malaysia 10
(b)
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi perkhidmatan yang diminta dijalankan, diberikan atau dilaksanakan oleh Lembaga;
(c)
untuk menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang dijalankan, diberikan atau dilaksanakan olehnya apa-apa komisen atau pembayaran sebagaimana yang dipersetujui;
dan
(d)
untuk melaksanakan semua tugas dan menjalankan semua kuasa yang, adalah atau mungkin, atau boleh menjadi, diletakhakkan pada atau diwakilkan kepada Lembaga di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(3)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“perolehan”, berhubungan dengan harta, termasuklah pembelian, pengambilan pajakan dan penyewagunaan harta itu; dan
(b)
“pelupusan”, berhubungan dengan harta, termasuklah pemindahhakan, penjualan, penyerahhakan, penyerahan dan pemulangan, penggadaian, penggadaijanjian, pendemisan, penyewaan dan penyewaan kecil, penyerahhakan semula dan pemindahmilikan harta itu.
Kuasa Lembaga memindahkan atau melupuskan aktiviti atau tugas