Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain—
“anak” ertinya seorang anak sah taraf dan jika si mati dibenarkan oleh undang-undang dirinya mempunyai ramai isteri termasuk seorang anak oleh mana-mana isteri sedemikian, tetapi tidak termasuk seorang anak angkat selain daripada seorang anak yang diangkat di bawah peruntukan-peruntukan Akta Pengangkatan 1952;
"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan termasuk Wilayah Persekutuan; 23/67.
"si mati tak berwasiat" termasuk seseorang yang meninggalkan wasiat tetapi mati tak berwasiat mengenai apa-apa kepentingan benefisial dalam hartanya;
"zuriat" termasuk anak-anak dan keturunan anak-anak yang telah mati.