Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Bagi maksud pembahagian di bawah Akta ini, maka tidaklah ada perbezaan di antara mereka yang bersaudara dengan orang yang mati kerana pertalian dengan bapanya atau mereka yang bersaudara dengannya kerana pertalian dengan emaknya, mahupun juga antara mereka yang bersaudara dengannya kerana pertalian kedua ibu bapa yang sama dan mereka yang bersaudara dengannya kerana pertalian ibu atau bapa yang sama, mahupun juga antara mereka yang sebenarnya lahir semasa hayatnya dan mereka yang pada tarikh kematiannya hanyalah dikandung tetapi yang kemudiannya dilahir hidup.