Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Jika di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 6, harta pusaka seseorang si mati tak berwasiat atau mana-mana bahagian daripadanya diarahkan supaya dipegang atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen ini untuk sesuatu kelas saudara-mara si mati selain daripada zuriat si mati tak berwasiat, harta pusaka itu hendaklah dipegang atas amanah bersamaan dengan amanah yang dinyatakan dalam subseksyen (1) seksyen ini untuk zuriat si mati tak berwasiat seolah-olah amanah sedemikian diulangi dengan menggantikan sebutan mengenai anggota-anggota atau anggota kelas itu bagi sebutan mengenai anak-anak atau anak si mati tak berwasiat.
(3)
Jika amanah untuk zuriat si mati tak berwasiat gagal oleh sebab tiadanya anak atau zuriat lain yang mendapat kepentingan terletakhak secara mutlak, harta pusaka si mati tak berwasiat dan pendapatan daripadanya dan semua pengumpulan, jika ada, pendapatan daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya yang mungkin belum dibayar atau dipakai di bawah apa-apa kuasa yang melibatkan harta pusaka itu, hendaklah diberikan, diturunkan dan dipegang di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini seolah-olah si mati tak berwasiat telah mati tanpa meninggalkan zuriat yang masih hidup pada masa kematian si mati tak berwasiat, dan dengan itu sebutan-sebutan di bawah seksyen 6 mengenai si mati tak berwasiat "meninggalkan zuriat" dan "tidak meninggalkan zuriat" hendaklah ditafsirkan masing-masingnya sebagai sebutan mengenai si mati tak berwasiat meninggalkan zuriat atau tidak meninggalkan zuriat yang mendapat suatu kepentingan terletakhak secara mutlak.