Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976

Seksyen 14

(a)

dia boleh, mengikut budi bicara Ketua Eksekutif, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan

(b)

jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki kampus Institusi itu.

(2)

Jika seseorang pelajar yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3)

Jika seseorang pelajar suatu Institusi ditahan atau tertakluk pada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(4)

Seseorang pelajar suatu Institusi yang ditahan atau tertakluk pada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa jua sebab, boleh, dengan persetujuan Ketua

Eksekutif, dibenarkan menduduki peperiksaan Institusi itu tertakluk pada apa-apa perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh

Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut kehendak keadaan.

(5)

Seseorang pelajar suatu Institusi yang digantung daripada menjadi pelajar Institusi di bawah subseksyen (1) boleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai pelajar mana-mana

Institusi lain atau mana-mana Universiti dengan kelulusan bertulis

Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 17

Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(6)

Seseorang pelajar suatu Institusi yang terhenti menjadi seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk sebagai pelajar

Institusi itu atau mana-mana Institusi lain atau mana-mana Universiti dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(7)

Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar suatu Institusi bagi suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada Institusi itu atau telah menjalani tempoh pemenjaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di Institusi itu dan tempoh penggantungan atau pemenjaraan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh diambil kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.

(8)

Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas seseorang pelajar suatu Institusi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan, pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di Institusi itu dan tempoh tahanan dan sekatan yang dia tertakluk kepadanya tidak boleh diambil kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.