Malaysia legislation

Section 11

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 11

(a)

melakukan kesalahan menyamar, atau membantu, menyubahati, menasihati atau menyebabkan pelakuan kesalahan menyamar;

Kesalahan Pilihan Raya 21

(b)

melakukan kesalahan menjamu, pengaruh tidak wajar, atau menyogok;

(c)

mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya;

(d)

membuat atau menerbitkan apa-apa pernyataan palsu mengenai fakta berhubung dengan watak atau kelakuan peribadi calon itu sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya bagi maksud mempengaruhi supaya mana-mana calon dipilih;

(e)

membuat atau menerbitkan apa-apa pernyataan palsu mengenai penarikan diri mana-mana calon lain dalam pilihan raya itu sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya bagi maksud menganjurkan supaya atau mendapatkan mana-mana calon dipilih; atau

(f)

sebagai seorang calon atau ejen pilihan raya dengan diketahuinya membuat akuan tentang belanja pilihan raya yang dikehendaki oleh seksyen 23 secara palsu, bersalah atas suatu perbuatan rasuah, dan boleh, apabila disabitkan oleh sesuatu Mahkamah Sesyen mengenai hal yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b), dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit, dan, dalam apa-apa hal lain, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit. Kesalahan di bawah perenggan (a) dan (b) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya, tiap-tiap orang yang disabitkan atas sesuatu perbuatan rasuah tidak boleh, oleh sebab sabitan itu, didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih dalam mana-mana pilihan raya, dan jika pada tarikh itu dia telah pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu:

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 5

Dengan syarat bahawa ketidakbolehan itu hendaklah terhenti apabila tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabitan itu.

(3)

Pendakwaan bagi sesuatu perbuatan rasuah kecuali mana-mana perbuatan rasuah sebagaimana yang ditakrifkan dalam perenggan (1)(d) dan (e) tidak boleh dimulakan tanpa sanksi

Pendakwa Raya.