Malaysia legislation

Section 12

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 12

(2)

Seseorang calon boleh menamakan dirinya sendiri sebagai ejen pilihan raya, dan dengan itu, setakat yang dibenarkan oleh hal keadaan, dia hendaklah tertakluk kepada Akta ini, sebagai seorang calon dan sebagai seorang ejen pilihan raya kedua-duanya, dan apa-apa sebutan dalam Akta ini tentang seseorang ejen pilihan raya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai calon yang bertindak atas sifatnya sebagai ejen pilihan raya.

(3)

Pada atau sebelum hari penamaan, nama dan alamat ejen pilihan raya bagi setiap calon hendaklah diisytiharkan secara bertulis oleh calon itu atau oleh seseorang lain bagi pihaknya kepada pegawai pengurus, dan pegawai pengurus hendaklah segera membuat pemberitahuan awam mengenai nama dan alamat tiap-tiap ejen pilihan raya yang diisytiharkan sedemikian dengan menampalkan suatu notis di suatu tempat yang mudah dilihat di luar pejabatnya.

(4)

Hanya seorang ejen pilihan raya hendaklah dilantik bagi setiap calon, tetapi pelantikan itu, sama ada ejen pilihan raya yang dilantik itu ialah calon itu sendiri atau tidak, boleh dibatalkan dan dalam hal pembatalan sedemikian atau kematian ejen pilihan raya itu, sama ada hal itu berlaku sebelum, semasa atau selepas

Kesalahan Pilihan Raya 23

pilihan raya itu, seorang ejen pilihan raya yang lain hendaklah segera dilantik, dan nama dan alamatnya diisytiharkan secara bertulis kepada pegawai pengurus, yang hendaklah dengan segera memberikan notis awam mengenainya mengikut cara yang disebut terdahulu.

(5)

Jika tiada nama dan alamat seseorang telah diisytiharkan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (3), calon itu hendaklah disifatkan pada masa itu sebagai telah menamakan dirinya sendiri sebagai ejen pilihan raya dan telah membatalkan apa-apa pelantikan seorang lain sebagai ejen pilihan rayanya.

(5a)

Sehingga nama dan alamat seorang ejen pilihan raya yang lain telah diisytiharkan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (4), calon itu hendaklah disifatkan, dari masa pembatalan pelantikan ejen pilihan raya yang berkenaan itu atau dari masa kematiannya, telah melantik dirinya sendiri sebagai ejen pilihan raya.

(6)

Tiap-tiap ejen pilihan raya hendaklah mempunyai, dalam bahagian pilihan raya yang baginya dia ialah seorang ejen pilihan raya, suatu pejabat yang kepadanya semua tuntutan, notis, writ, saman dan dokumen boleh dihantar dan alamat pejabat itu hendaklah diisytiharkan pada masa yang sama dengan pelantikan ejen itu kepada pegawai pengurus, dan hendaklah dinyatakan dalam pemberitahuan awam di bawah subseksyen (3) bersama dengan nama ejen pilihan raya itu dan alamatnya.

(6a)

Jika seseorang calon disifatkan di bawah subseksyen (5)

atau (5a) sebagai ejen pilihan rayanya sendiri, alamat surat-menyuratnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas penamaannya, hendaklah disifatkan bagi maksud subseksyen (6)

sebagai alamat pejabatnya sebagai ejen pilihan raya.

Hilang kelayakan untuk dilantik sebagai ejen pilihan raya, dsb.