Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 13

(a)

dia bukan seorang warganegara;

(b)

dia berumur kurang daripada dua puluh satu tahun;

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 5

(c)

dia telah, dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum hari penamaan dalam pilihan raya itu, disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan keganasan atau kecurangan oleh suatu mahkamah undang-undang di mana-mana bahagian Malaysia dan dia belum mendapat pengampunan bebas;

(d)

dia telah, dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum hari penamaan dalam pilihan raya itu, disabitkan atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan kerana apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(e)

dia ialah seorang yang namanya didaftarkan di bawah

Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297];

(f)

dia telah, dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum hari penamaan dalam pilihan raya itu, disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], atau di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan pertubuhan yang berkuat kuasa, dalam hal sesuatu pilihan raya di Sabah dan Sarawak, di mana-mana bahagian Malaysia, dan dalam hal sesuatu pilihan raya di Semenanjung Malaysia, di mana-mana bahagian Malaysia atau Republik Singapura;

(g)

dia ialah seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 66(4) Akta Pertubuhan 1966, atau di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan pertubuhan yang berkuat kuasa, dalam hal sesuatu pilihan raya di Sabah dan Sarawak, di mana-mana bahagian Malaysia atau, dalam hal sesuatu pilihan raya di Semenanjung Malaysia, di mana-mana bahagian Malaysia atau Republik Singapura; atau

(h)

dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan.

(1a)

Dalam perenggan (1)(c), (f) dan (g), “bahagian Malaysia”

ertinya mana-mana tempat yang menjadi sebahagian daripada

Malaysia, atau yang pada tarikh sabitan atau perintah yang tersebut dalamnya itu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Kesalahan Pilihan Raya 25

(2)

Tiada pegawai, kerani, jurubahasa atau orang lain yang mempunyai apa-apa tugas untuk dilakukan menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya boleh dilantik sebagai seorang ejen pilihan raya atau bertindak sebagai seorang ejen calon dalam menjalankan atau menguruskan mana-mana pilihan raya.

Membuat pelantikan dan kontrak melalui ejen pilihan raya