Malaysia legislation

Section 14

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 14

(a)

melantik tiap-tiap ejen tempat mengundi, ejen mengira, kerani dan pengutus yang diambil kerja, sama ada dengan bayaran atau tidak, bagi pihak calon itu;

(b)

menyewa tiap-tiap bilik jawatankuasa yang disewa bagi pihak calon itu;

(c)

memberitahu ketua tempat mengundi di setiap tempat mengundi secara bertulis nama dan alamat—

(i)

ejen atau ejen-ejen tempat mengundi yang dilantik untuk bertugas di tempat itu; dan

(ii)

ejen atau ejen-ejen mengira yang dilantik untuk menghadiri pengiraan undi di tempat itu; dan

(d)

memberitahu pegawai pengurus bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya yang berkenaan secara bertulis nama dan alamat ejen atau ejen-ejen mengira yang dilantik untuk menghadiri pengiraan undi pengundi pos dan penjumlahan rasmi undi.

(1a)

Tiap-tiap ejen tempat mengundi atau ejen mengira seseorang calon yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah bertugas atau hadir di tempat mengundi atau hendaklah menghadiri pengiraan undi di tempat mengundi itu sekurang-kurangnya selama dua jam dan penggantinya hanya boleh masuk ke tempat mengundi itu apabila tamat tempoh dua jam itu.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 5

(2)

Sesuatu kontrak yang menurutnya apa-apa belanja dilakukan kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan sesuatu pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan terhadap seseorang calon dalam pilihan raya itu, melainkan jika kontrak itu dibuat oleh calon itu sendiri atau oleh ejen pilihan rayanya:

Dengan syarat bahawa ketidakbolehan di bawah seksyen ini untuk menguatkuasakan kontrak itu terhadap calon itu tidak boleh melepaskan calon itu daripada akibat apa-apa perbuatan rasuah atau apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh ejennya.

Pembayaran belanja melalui ejen pilihan raya