Malaysia legislation

Section 15

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 15

(2)

Seseorang yang membuat apa-apa pembayaran, pendahuluan, atau deposit berlanggaran dengan seksyen ini atau yang membayar apa-apa wang yang diperuntukkan sebagaimana yang disebut terdahulu berlanggaran dengan seksyen ini bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan Pilihan Raya 27

Larangan mengenai belanja tertentu semasa tempoh berkempen 15a.  (1)  Tiada belanja boleh, dengan tujuan untuk menganjurkan atau mendapatkan seseorang calon dipilih, dilakukan semasa tempoh berkempen, oleh mana-mana orang selain calon itu, ejen pilihan rayanya dan orang yang dibenarkan secara bertulis oleh ejen pilihan raya itu kerana—

(a)

mengadakan, memanggil atau menganjurkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka atau memberikan ucapan atau syarahan awam terbuka;

(b)

mencetak atau mengeluarkan iklan, pekeliling atau terbitan; atau

(c)

selainnya mengemukakan calon itu atau pendapatnya atau takat atau jenis penyokongannya, atau mencaci seorang calon lain, kepada pemilih:

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh—

(i)

menyekat penerbitan dalam sesuatu akhbar atau majalah berkala yang lain mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan pilihan raya itu;

(ii)

terpakai bagi belanja yang dilakukan oleh mana-mana orang kerana perjalanan atau kerana tidak tinggal di rumahnya, atau bagi belanja diri yang seumpamanya.

(2)

Jika seseorang melakukan apa-apa belanja yang dikehendaki supaya dibenarkan oleh seseorang ejen pilihan raya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah dalam tempoh empat belas hari selepas keputusan pilihan raya itu disiarkan dalam Warta menghantar suatu penyata kepada ejen pilihan raya itu, disertai dengan suatu akuan yang dibuat olehnya (atau dalam hal sesuatu persatuan atau kumpulan orang, oleh pengarah, pengurus besar, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya persatuan atau kumpulan orang itu) yang mengesahkan penyata itu dan memberikan butir-butir mengenai perkara yang baginya belanja itu telah dilakukan:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak boleh terpakai bagi mana-mana orang yang diambil bertugas atau diambil kerja dengan bayaran atau dengan janji akan diberi bayaran oleh calon itu atau ejen pilihan rayanya.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 5

(3)

Belanja yang ditunjukkan dalam penyata yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah dimasukkan ke dalam penyata yang dibuat oleh ejen pilihan raya itu mengikut subseksyen 23(1), dan kebenaran yang diterima daripada ejen pilihan raya itu hendaklah dilampirkan kepada penyata itu dan disifatkan menjadi sebahagian daripadanya.

(4)

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa belanja berlanggaran dengan seksyen ini, atau yang membuat apa-apa akuan yang dikehendaki oleh subseksyen (2) yang palsu dan yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Tempoh bagi menghantar tuntutan dan membuat pembayaran bagi belanja pilihan raya

Section 15 — ELECTION OFFENCES ACT 1954 | mylaw.my