Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
kerana mengangkut pemilih atau pengundi ke atau dari tempat mengundi, sama ada bagi menyewa kenderaan, vesel atau apa-apa jua jenis binatang pengangkutan, atau bagi tambang kereta api, atau selainnya; atau
(b)
kepada atau dengan seseorang pemilih atau pengundi kerana menggunakan mana-mana rumah, tanah, bangunan, atau premis untuk mempamerkan apa-apa alamat, bil, atau notis, atau kerana mempamerkan apa-apa alamat, bil atau notis.
(2)
Tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut Akta ini, jika apa-apa pembayaran atau kontrak untuk pembayaran dengan diketahui dibuat berlanggaran dengan seksyen ini sama ada sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, orang yang membuat pembayaran atau kontrak itu bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, dan mana-mana orang yang menerima pembayaran itu atau yang menjadi suatu pihak dalam mana-mana kontrak itu, dengan mengetahuinya sebagai berlanggaran dengan seksyen ini, juga bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 5
(3)
Seseorang tidak boleh, bagi maksud mengangkut pemilih atau pengundi ke atau dari tempat mengundi, menyewakan, meminjamkan atau menggunakan apa-apa kenderaan, vesel atau apa-apa jua jenis binatang pengangkutan yang disimpan atau digunakan olehnya bagi maksud untuk disewakan, dan jika dia menyewakan, meminjamkan atau menggunakan kenderaan, vesel atau binatang pengangkutan itu dengan mengetahui bahawa ia dimaksudkan untuk digunakan bagi mengangkut pemilih atau pengundi ke atau dari tempat mengundi, orang itu bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
(4)
Seseorang tidak boleh, bagi maksud mengangkut pemilih atau pengundi ke atau dari tempat mengundi, menyewa, meminjam atau menggunakan apa-apa kenderaan, vesel atau apa-apa jua jenis binatang pengangkutan yang diketahuinya bahawa pemunyanya dilarang oleh subseksyen (3) daripada menyewakan, meminjamkan atau menggunakannya bagi maksud itu, dan jika dia berbuat demikian, dia bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) atau (4) boleh menghalang sesuatu kenderaan, vesel atau apa-apa jenis binatang pengangkutan daripada disewakan, atau disewa, dipakai, atau digunakan oleh seseorang pemilih atau pengundi atau beberapa orang pemilih atau pengundi atas perbelanjaan mereka bersama bagi maksud untuk diangkut ke atau dari tempat mengundi.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini—
(a)
jika menjadi urusan biasa seseorang pemilih atau pengundi sebagai seorang ejen pengiklanan untuk mempamerkan bil dan iklan untuk mendapatkan bayaran, sesuatu pembayaran kepada atau sesuatu kontrak dengan pemilih atau pengundi itu, jika dibuat dalam perjalanan biasa urusan, tidak boleh disifatkan sebagai suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang mengikut pengertian seksyen ini;
(b)
jika dalam sesuatu pilihan raya pemilih atau pengundi tidak dapat sampai ke tempat mengundi mereka dari tempat atau kediaman mereka tanpa menyeberangi laut atau sesuatu cabang atau aluran laut atau sungai, cara-cara boleh diadakan bagi mengangkut pemilih atau pengundi
Kesalahan Pilihan Raya 33
itu ke tempat mengundi mereka atau untuk membolehkan mereka menyeberangi sungai itu supaya dapat sampai ke tempat mengundi mereka dan jumlah bayaran bagi cara-cara pengangkutan itu boleh menjadi tambahan kepada amaun maksimum belanja yang dibenarkan oleh
Akta ini:
Dengan syarat sentiasa bahawa cara-cara pengangkutan itu hendaklah diadakan sama rata bagi semua pemilih atau pengundi yang hendak menggunakannya.
Pengambilan kerja tertentu menyalahi undang-undang