Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Peruntukan Akta ini yang melarang pembayaran dan kontrak untuk pembayaran tertentu, dan pembayaran apa-apa wang, dan pelakuan belanja yang melebihi maksimum yang tertentu, tidak boleh menyentuh hak mana-mana pemiutang yang, apabila kontrak itu dibuat atau apabila belanja itu dilakukan, tidak tahu yang demikian itu sebagai berlanggaran dengan Akta ini.
Pengecualian daripada duti setem 22a. Apa-apa surat cara yang dibuat dengan sumpah atau ikrar menurut seksyen 5 atau 23 dalam mana-mana borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dikecualikan daripada pembayaran duti setem di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan duti setem.